Teheran: Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam menelefon Presiden Syria, Bashar Al Assad untuk mengucapkan tahniah kepadanya selepas rejim Syria hampir pasti menawan seluruh Aleppo daripada kumpulan penentang.

“Kemenangan di Aleppo melambangkan kejayaan besar rakyat Syria terhadap pengganas dan mereka yang menyokongnya,” kata Hassan kepada Bashar.

Iran menganggap semua kumpulan yang menentang rejim Bashar pengganas.

Pemimpin Syria itu dilapor mengucapkan terima kasih kepada Hassan kerana ‘memihak kepada rakyat dan kerajaannya ketika saat paling sukar.’

“Kami tidak akan melupakannya,” kata Bashar.

Advertisements

Iran tidak mengerah tenteranya ke Syria tetapi anggota separa tentera dari Pengawal Revolusi dipercayai memainkan peranan dalam membantu merancang serangan tentera Syria di Aleppo dan kawasan lain yang dikuasai penentang Bashar.

Dalam pada itu, ribuan sukarelawan Iran yang terdorong untuk melindungi tempat suci Syiah di Syria dipercayai berada di medan pertempuran membantu tentera Bashar.

“Pakatan Iran, Russia, Syria dan Hizbullah (militan Syiah dari Lubnan yang disokong Teheran) membantu pembebasan Aleppo. Kami akan membebaskan Mosul (di Iraq) pula selepas ini,” kata Yahya Salavi, penasihat kanan dasar luar pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Yahya, bekas ketua Pengawal Revolusi juga berkata, mesej yang jelas ditujukan kepada bakal presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sebelum ini berikrar akan bertindak tegas terhadap Iran. – Agensi


KLIK BACA: Anwar mohon pengampunan Agong Sultan Muhammad V atau…..

TERKINI: Muhyiddin dakwa potret Najib diturunkan akibat dicemuh dalam Ekspo Milan

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Sajak Mahathir –  Pada Senja Hayat Ku Semat Harap Anak Muda Betulkan Malaysia

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share