Perdana Menteri India Narendra Modi berkata rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengemudi Malaysia dengan baik ke arah mencapai status negara maju.

Katanya, di bawah kepimpinan Najib, Malaysia mempamerkan kebingkasannya dalam menangani cabaran ekonomi global.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib, Malaysia menuju ke arah matlamatnya untuk mencapai status negara maju menjelang 2020,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Pemimpin Perniagaan Asia melalui sidang video di sini hari ini.

Modi berkata hakikat bahawa Malaysia menjadi hos acara itu menjadi bukti tentang betapa pentingnya kedudukan negara Asia Tenggara dengan penduduk lebih 30 juta orang ini sebagai destinasi komersial dan perniagaan terpilih.

Modi juga menyambut baik hubungan yang terjalin sejak sekian lama antara New Delhi dan Kuala Lumpur, yang menurutnya, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Hubungan rapat dengan Malaysia ini sangat penting bagi kejayaan Dasar Pandang Ke Timur kami,” katanya, merujuk kepada langkah India menjadikan hubungannya dengan jirannya di Asia Timur sebagai keutamaan dalam dasar luar negara itu.

Pemimpin India itu juga menyentuh tentang Torana Gate di ‘Little India’, Brickfields di sini yang menjadi simbol persahabatan antara Malaysia dan India.

Modi memberitahu perhimpunan itu bahawa ‘hubungan abadi’ antara kedua-dua negara itu diperkukuhkan lagi dengan kehadiran anggota masyarakat India Malaysia yang besar jumlahnya. – Bernama


KLIK BACA: Anwar mohon pengampunan Agong Sultan Muhammad V atau…..

TERKINI: Muhyiddin dakwa potret Najib diturunkan akibat dicemuh dalam Ekspo Milan

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Sajak Mahathir –  Pada Senja Hayat Ku Semat Harap Anak Muda Betulkan Malaysia

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE