Ipoh: Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dijatuhi hukuman denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas 16 tuduhan gagal kemuka penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, Hasmiza, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida kekal dengan pengakuan tidak bersalah bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar cukai berkenaan dan minta untuk dibicarakan.

Keputusan itu dijatuhkan Hakim Murtazadi Amran selepas peguam tertuduh Syed Ahmad Syed Abas memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mahu membuat pengakuan bersalah.

Hasmiza sebelum ini didakwa Pada 13 Oktober lalu atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST dari tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41(6) Akta GST 2014 berjumlah RM4.2 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Jika sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Murtazadi sebelum itu menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula 16 lagi pertuduhan yang dikenakan terhadap Hasmiza atas kesalahan gagal membayar cukai berkenaan selepas tertuduh kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Pendakwaan dijalankan TimbalanPendakwaraya Farah Ezlin Yusop Khan dan Datuk Raja Rozela Raja Toran. – Harian Metro


DIKEMASKINI: Saifuddin Nasution jelaskan sebab rayuan Anwar ditolak mahkamah

DIKEMASKINI: Rayuan ditolak bukan penamat segala-galanya, kata Anwar

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Surat palsu mengesahkan lagi Najib dan Zahid tidak sebulu?

KLIK BACA: Najib takut jumpa Mahathir, pembantu Rosmah ingatkan Kadir Jasin pertemuan di PAU2015

TERKINIJawab tuduhan dalam dua hari, Khairy cakap tak serupa bikin?

KLIK BACA: Najib tak berani bersemuka Dr Mahathir lagi, kata Kadir Jasin

KLIK BACA: Sajak Mahathir –  Pada Senja Hayat Ku Semat Harap Anak Muda Betulkan Malaysia

DIKEMASKINI: Surat layang ‘sebodoh ini’ bukan kerja pembangkang, kata Zainuddin Maidin

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share