Mohd Hisham (tiga, kiri) menziarahi keluarga Abdul Rahim (tiga, kanan) di kediaman mereka di Jalan 6 Bagan Sungai Besar. – Foto Sinar Harian

SABAK BERNAM – “Bapa dan ibu saya dibunuh dengan kejam, selain kakak dan ipar-ipar perempuan dirogol tentera Myanmar.

“Biarpun peristiwa itu berlaku 28 tahun lalu, namun kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan mereka itu masih segar dalam ingatan saya sampai saat ini,” kata seorang etnik Rohingya, Abdul Rahim Hassan Ali, 50.

Menurutnya, kejadian pada tahun 1988 itu berlaku ketika dia bersama ibu bapa dan adik beradik serta iparnya sedang berehat selepas menjamah makan tengah hari di rumah mereka di Arakan, Myanmar.

“Ketika itu, pintu rumah kami diketuk kuat. Kami dengar suara bising di luar rumah.

“Kami tersentak bila beberapa tentera ceroboh masuk ke dalam rumah kami. Sebahagiam daripada kaum wanita menjerit ketakutan… kami cuba melawan, tapi apalah daya kami waktu itu,” katanya.

Abdul Rahim anak bongsu daripada 13 beradik berkata, serangan di rumah mereka itu begitu menyayat hati apabila mereka diseksa dan dipukul, malah kaum wanita menjadi mangsa pemuas nafsu tentera Myanmar.

“Kami diterajang sesuka hati, malah hingga kini, kesan saya dipukul di kaki dan dahi kiri masih berbekas. Malah, adakalanya ia sakit sepertimana terseksanya kaum kerabat kami di sana,” katanya.

Abdul Rahim yang menetap di Jalan 6 Bagan Sungai Besar berkata, dia dan isterinya, Hazrah Nazil Ahmad, 50, serta anak sulungnya, Mohamad Yusup, 32, yang ketika itu berusia empat tahun sempat melarikan diri ke dalam hutan.

“Kami berada dalam hutan lebih kurang tiga bulan. Masa itu, kami jumpa kumpulan pelarian lain yang turut sama ingin keluar dari Myanmar.

“Akhirnya, kami tiba di Thailand dan ditahan di sana selama tiga tahun sebelum kami dibebaskan.

“Sepanjang menjadi tahahan (di Thailand), kami hanya makan nasi kosong sahaja sebab di sana lauk yang dimasak tidak halal untuk dimakan,” katanya.

Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, sebaik dibebaskan di Thailand, dia dan beberapa rakannya yang lain mengambil keputusan untuk ke Malaysia bagi mendapatkan perlindungan.

“Kami menaiki keretapi terus ke Johor Bharu. Di Malaysia, kehidupan kami jauh lebih aman dan dapat hidup dengan tenang,” kata bapa 10 orang anak itu lagi.

Abdul Rahim yang kini berniaga runcit kecil-kecilan berkata, dia mula menetap di Sungai Besar pada tahun 1995 selepas dipelawa seorang rakannya untuk memulakan kehidupan baharu di sini. – Sinar Harian


KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

TERKINIMukhriz dakwa bertemu secara sulit dengan Khairy bincang 1MDB, derma Arab Saudi

KLIK BACARinggit tenat Bank Negara cuma bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

KLIK BACA: Mukhriz dedah Khairy pernah hantar surat letak jawatan kepada Najib

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE