Datuk Seri Adnan Abu berdiri di sisi poster promosi produk isteri keduanya, penyanyi Adira, yang dikahwininya di selatan Thailand.- Foto oleh Choo Choy May

 

SHAH ALAM : Hampir setahun mengahwini penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan alasan sebenar mereka bernikah di Thailand pada Disember lepas.

Adnan menjelaskan dokumentasi bukanlah masalah utama, namun tindakannya itu kerana ingin menjaga hati isteri pertamanya Syarifah Norshafila Hassim, juga dikenali Datin Red.

“Sebab itu masa nak kahwin Adira, saya tidak beritahu Datin Red dua bulan awal supaya dia tidak rasa perit dan sakit.

“Mana ada perempuan dalam dunia ini hendak dimadu. Sudah kahwin, baru saya beritahu, jadi sakitnya sekali saja,” katanya dalam satu wawancara di pejabatnya di sini kelmarin.

Siti Adira Suhaimi bernikah dengan Adnan, mesra disapa Dato Red, pada 3 Disember lepas di Songkhla, Thailand selepas tiga minggu berkenalan.

Penyanyi “Ku Ada Kamu” hujung tahun lalu mendakwa pernikahan itu terpaksa dibuat di negara Thailand kerana masalah dokumentasi.

“Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga minggu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.

“Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri ke­dua tidak memberi masalah kepada diri saya,” katanya lapor Utusan Online.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE