Rio de Janeiro: Seorang pelancong Itali mati ditembak apabila sistem kedudukan sejagat (GPS) digunakannya tersilap membawanya ke pekan yang dikuasai geng dadah.

Roberto Bardella, 52, dan sepupunya yang tidak dinamakan mengembara di Amerika Selatan menggunakan motosikal.

Ketika kejadian mereka baru melawat mercu tanda paling popular Brazil, arca Christ the Redeemer, sebelum melaraskan GPS mereka untuk kembali ke pusat bandar.

Malangnya, alat itu membawa mereka ke kawasan miskin Morro dos Prazeres favela di Santa Teresa di pinggir bandar Rio.

Mereka dikepung kira-kira 10 lelaki bersenjatakan kayu dan pistol yang kemudian membelasah serta menembak mati Bardella, tetapi sepupunya dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.

Penyiasat percaya geng berkenaan mengesyaki mereka polis disebabkan alat perakam yang dipasang pada topi keledar mereka.

Mayat Bardella ditemui di sebuah lorong di pekan itu.

Kejadian itu yang terbaru susulan peningkatan mendadak jenayah dan keganasan di Rio de Janeiro selepas Sukan Olimpik diadakan di bandar itu, beberapa bulan lalu.

Kemelesetan ekonomi yang melanda bandar itu juga mencetuskan lebih banyak pertempuran antara pengedar dadah dan polis dengan konflik sering dibawa ke jalanan termasuk kawasan pelancongan.

Bulan lalu, helikopter polis terhempas selepas tembak-menembak sengit dengan penjenayah di Cidade de Deus favela, menyebabkan empat polis terbunuh. – AFP


DIKEMASKINI: Tidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

KLIK VIDEO: Rani Kulup – Harimau pun ayah lempang inikan Suu Kyi, jangan sampai ayah terbang ke Myanmar

DIKEMASKINI: Mahkamah AS tolak permohonan keluarga Jho Low tangguh kes 1MDB

KLIK BACA: Rafidah Aziz: Yang bawa “kesipuan” dalam majlis ialah orang terpalit skandal, rasuah, salah urus tadbir

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE