Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan diskaun sehingga RM5,000 untuk model Perodua terpilih yang ditempah serta didaftarkan secara eksklusif pada bulan Disember 2016.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, sebagai tanda terima kasih kepada orang ramai yang menyokong jenama ini, mereka akan sentiasa memastikan pelanggan mendapat produk dan perkhidmatan terbaik serta menawarkan pelbagai pakej menarik.

“Tawaran ini pastinya berbaloi kepada mereka yang ingin membeli kenderaan Perodua kerana selain pengurangan harga kami sedang memaksimumkan penghantaran semua pesanan untuk diserahkan kepada pembeli agar mendapat kenderaan tepat pada masanya,” katanya.

Untuk model Myvi 1.5 Perodua menawarkan pengurangan harga sehingga RM5,000 manakala Alza 1.5 sehingga RM3,000, Axia 1.0 sehingga RM1,200 dan untuk model Bezza 1.3 sehingga RM3,200.

Kesemua model itu boleh didapati di semua bilik pameran dan wakil jualan sah Perodua seluruh negara ditawarkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 kilometer yang mana lebih dahulu. – Harian Metro


DIKEMASKINIDr Mahathir: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB

KLIK BACA: Jangan beri alasan konon saya pun buat apa yang Najib buat – Tun Mahathir

KLIK BACA: Betulkah hidup Melayu atau Jho Low dan komunis China yang sebenarnya hidup?

KLIK BACASelagi Umno berkuasa, selagi itu Melayu dibodoh-bodohkan – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE