Perhimpunan Agung Umno 2016 bermula pada Selasa dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual berlangsung pada 8 malam dan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno.

Ketiga-tiga sayap pergerakan parti telah sebulat suara mahu perasmian itu dilakukan Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Tahun lepas, perasmian perhimpunan sayap dilakukan oleh ketua pergerakan masing-masing.

Sepertimana lazim, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam Taklimat Presiden pada 2 petang ini, yang dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.

Perdana menteri juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembangunan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC KL), yang bakal menjadi mercu tanda baharu di ibu negara.

Selain itu, beberapa acara sampingan di luar perhimpunan turut diadakan iaitu Konvensyen Penerangan Umno 2016, Majlis Anugerah Nadi Negara (Wanita) 2016 dan pelancaran Laman Media yang juga akan disempurnakan Ahmad Zahid. – Mstar


KLIK VIDEO: Dr Mahathir terangkan cara Najib pinjam duit

DIKEMASKINI: Syed Saddiq Kongsi Gambar Bertemu Sultan Johor

KLIK BACA: Rosmah ditegur Najib kenapa hendak jumpa pengasas Facebook

TERKINI: Hashim Jasin tidak tolak kemungkinan PAS kerjasama dengan DAP dan AMANAH 

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

MAHATHIR TOLAK MKN: Dr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

KLIK BACA: Najib kesal rakyat percaya ilmu hitam

TERKINI VIDEO: Jamal Yunos dicabar bertarung dengan kucing jantan

WAWANCARA THE STAR: Najib jelaskan mengapa Dr Mahathir gagal jatuhkannya

KLIK BACA: Petisyen desak rumah putih identiti MO1

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib tidak takut yakin kerana benar? – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share