Video Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata bahawa Pakatan Harapan tidak memerlukan ‘pemimpin yang namanya sahaja pak haji tetapi korupsi’.

Merujuk kepada kata-kata Pendita Za’aba, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak memerlukan ‘pemimpin yang namanya sahaja pak haji tetapi korupsi’.

Sebaliknya, kata beliau, parti pembangkang kini memerlukan pemimpin yang berfikiran kritis.

Oleh demikian Nurul Izzah berkata Pakatan Harapan perlu lebih bertegas dengan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan pakatan itu selain komited agenda reformasi yang dibawa mereka.

Beliau yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, kerjasama tersebut amat diperlukan bagi membolehkan pertembungan satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya akan datang.

Nurul izzah berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan di Shah Alam hari ini.

Kenyataan Nurul Izzah itu dipetik dari cendekiawan Zainal Abidin Ahmad atau dikenali dengan nama pendita Za’aba.

Kata Nurul Izzah apa yang diperlukan negara adalah pemimpin yang melawan rasuah dan bukannya berpengetahuan agama semata-mata. – KiniTV

KLIK VIDEO: Musuhi Pakatan Harapan bermakna sokong Najib – Dr Mahathir

KLIK BACA: Hubungan Malaysia-China: Melayu dilatih miliki tabiat ‘ikan’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Sanusi Junid – Orang pintar tetapi tidak bermoral merugikan bangsa

KLIK BACAMacai pun pening kepala kenapa Peguam Negara enggan bantu MLA?

KLIK BACA: Rayuan sabotaj sistem kewangan kerana lapor 1MDB, Khairuddin serah pada Allah

KLIK BACA: Kerajaan kleptokrasi pencuri, penyangak dan perompak, kata Tun Mahathir

Klik baca: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACAAna Ghoib: Mimpi Tiga Bulan Berderet Berlaku Pada 2016

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share