Malaysia kini mengambil alih Singapura sebagai pusat mengatur pertandingan sukan di Asia Tenggara selepas beberapa tindakan keras republik itu membanteras amalan sedemikian, sebuah persidangan antarabangsa diberitahu semalam.

“Malaysia merupakan pusat kegiatan itu di Asia Tenggara,” kata Chris Eaton, pakar industri sukan yang juga bekas ketua keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya, Singapura berjaya menghapuskan beberapa sindiket mengatur perlawanan, tetapi masih ada yang mengadakan “kerjasama rapat” dengan sindiket di Malaysia.

Eaton berucap pada forum di Singapura mengenai amalan mengatur perlawanan, anjuran Global Lottery Monitoring System (GLMS), yang ditubuhkan 27 syarikat loteri bagi memantau kegiatan itu di seluruh dunia.

Langkah Singapura membanteras kegiatan itu membawa kepada penangkapan ahli perniagaan Dan Tan pada 2013.

Bekas pengarah Interpol, Ronald Noble menyifatkan rangkaian Tan yang berpusat di Singapura itu sebagai sindiket atur perlawanan paling besar dan agresif di dunia, dengan cawangan “di setiap benua”.

Sementara itu, Christian Kalb, pengarah firma penasihat CK Consulting yang turut berucap pada forum semalam berkata perjudian haram kini bernilai lebih €500 bilion (RM2,336 bilion). – FMT


KLIK VIDEO: Tragedi Mohd Shukri kerana tekanan hidup adalah urusan dewan rakyat – Zairil Khir

TERKINI: Pinjam China RM50 bilion hutang kerajaan melepasi RM700 bilion – Kadir Jasin

KLIK BACA: Haniff Khatri pertikai Razali bahawa Riza tidak perlu disiasat SPRM

KLIK BACATahniah Jamal bila nak dapat Tan Sri? sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Demonstrasi jalanan ‘jatuhkan’ Malayan Union, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Bagaimana syarikat RM2 tandatangan kontrak RM46b, soal Rafizi

KLIK BACA: “Umno kena terima hakikat melayu bukan berpecah tapi serik!”

KLIK BACA: Apa hendak dibanggakan jual harta pusaka kerajaan – Khairuddin Abu Hassan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share