SEPANG: AirAsia dan kakitangan AirAsia X secara rasmi telah berpindah ke pangkalan korporat baharunya, RedQ, yang terletak bersebelahan KLIA2, pagi Isnin.

RedQ, singkatan untuk RedQuarters, meliputi kawasan seluas 18,000 meter persegi dan mampu menempatkan sehingga 2,000 AirAsia Allstars (kakitangan). Pembinaan RedQ bermula pada Disember 2014.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata reka bentuk pejabat korporat baharu ini mencerminkan keazaman kumpulan syarikat penerbangan itu untuk menjadi syarikat penerbangan nombor satu di Malaysia dan di seluruh rantau ini dengan gabungan ciri-ciri yang mempamerkan sikap mesra, keseronokan dan profesionalnya.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd Datuk Kamarudin Meranun, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Bhd, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, CEO AirAsia Bhd Aireen Omar, CEO AirAsia X Benyamin Ismail, dan ahli lembaga pengarah masing-masing hadir untuk mengalu-alukan kakitangan ke dalam bangunan baharu.

Pejabat korporat AirAsia telah berpangkalan di Lapangan Terbang Subang ketika ia ditubuhkan pada tahun 2001, dan berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum KLIA2.

AirAsia dan kakitangan AirAsia X telah terlibat dalam proses menamakan pejabat korporat baharu di mana sejumlah 1,300 Allstars telah mengambil bahagian dalam pertandingan untuk menamakan bangunan berkenaan.

RedQ telah dipilih sebagai pemenang, di mana ia telah dikemukakan oleh seorang anak kapal kabin AirAsia X, January Ann Baysa dari Filipina. – Mstar


KLIK VIDEO: Parodi TMJ tembak lelaki baju merah!

DIKEMASKINI: Bersih maksudkan kerajaan Najib zalim kerana GST, kata Jamal Yunos

KLIK BACA: Kembalikan negara bertuah ini ke jalan yang mulia – Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Polis marah baju merah jangan kurang ajar baling botol

KLIK VIDEO: 3 Supermoon akhiri tahun 2016, 14 November bulan paling besar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE