Pelakon Ramona Zamzam enggan memadam gambar dirinya memegang anjing di Instagram kerana menganggap perbuatannya tidak salah.

Pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26, sedar dengan kecaman peminat di media sosial namun tidak mahu cepat melatah.

“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian,” katanya seperti dilapor Kosmo!

“Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering.”

ramona-zam-zam

Model asal Ipoh, Perak itu meminta peminat tidak salah faham dengan tindakannya yang disifatkan tidak sensitif terhadap agama dan masyarakat tempatan.

Pelakon “Nora Elena” memuat naik gambar memegang anjing peliharaan milik seorang pengemis spesies Husky ketika berbulan madu di Itali baru-baru ini.

Katanya, suaminya, Rami Alashka, rakyat Palestin turut hairan dengan sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu anjing.

“Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu.

“Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing,” katanya. – MDN

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE