HEREFORDSHIRE – ENGLAND. Sebuah roti bun Chelsea yang dihantar kepada seorang askar di Somme, 100 tahun lalu ditemui dalam bentuk yang sempurna lapor mirror.co.uk.

Roti itu dihantar kepada prebet Alex Hodges oleh kakaknya Lily Poston namun ia tidak pernah sampai kepadanya kerana cedera dan dihantar ke hospital di London untuk rawatan.

Bun mentah tersebut dibuat oleh pembuat roti kegemaran Hodges dan dikembalikan kepada Poston dan disimpan di dalam sebuah kotak selama beberapa dekad. Baru-baru ini, bun itu ditemui semula oleh anak perempuan Hodges, Hazel, 84 tahun di dalam sebuah kotak milik makciknya itu.

“Ketika makcik saya meninggal dunia, saya mewarisi sebuah kotak yang berisi bun tersebut namun saya tidak tahu apa ada di dalamnya. Akhirnya saya membuka kotak itu atas dasar ingin tahun dan terkejut melihat isi di dalamnya.

“Rasanya sudah basi tetapi selain daripada itu, ia berada dalam keadaan yang baik. Ia membawa kembali memori bersama ayah saya,” katanya kepada media tempatan.

Hodges berjuang sewaktu perang dunia pertama di Raja Shropshire infantri dan diberhentikan setelah cedera parah dalam satu letupan. Beliau meninggal dunia di Leominster pada tahun 1979.

Hazel mengambil keputusan untuk mendermakan bun tersebut kepada muzium di bandar itu yang berfungsi sebagai peringatan terhadap ayahnya.

“Ia sangat bermakna buat saya kerana bun ini adalah untuk ayah saya yang sangat menyukai roti bun Chelsea ini,” katanya. – AFP

DIKEMASKINI: Bajet Menteri Kewangan Terburuk 2016, Memang Patut Keluar Dewan – Shahbudin Husin

DIKEMASKINI: Guan Eng: Mahathir diserang punca pembangkang keluar Dewan

DIKEMASKINI: Jamal Yunos mahu ludah tangan Mahathir

DIKEMASKINI: “Saya tak pernah kurang ajar kata mahu ludah tangan Najib” – Khairuddin

TERKINI: Transformasi Nasional 2050 Najib cuba pinggir legasi Wawasan 2020?

KLIK BACA: Apa yang PAS sayang sangat pada Najib – Shahbudin Husin

KLIK BACA:Rasuah bukan isu politik – Kita bayar untuk rasuah – ZUNAR

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE