Penyanyi Amy (Search) tidak terkejut apabila bekas penganjur ‘Konsert Search 35 Tahun’ iaitu AF Jets Sdn Bhd memfailkan saman kepada empat ahli kumpulan rock berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat atas pembatalan konsert mereka.

Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 58, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peguamnya, Yusmadi Yusoff namun tidak dapat mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya sebenarnya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu sebentar tadi tetapi tidak terkejut biarpun sebelum ini isu berkenaan dilihat senyap.

“Bagaimanapun saya masih belum mendapat butiran lanjut mengenai kes berkenaan memandangkan peguam saya kini berada di luar negara. Jadi saya tidak mengulas lanjut,” katanya lapor mStar Online.

Amy ditemui pada sidang media teater muzikal Mak Cun D’Walei di Istana Budaya, di sini pada Jumaat.

Terdahulu, AF Jets Sdn Bd selaku plaintif memfailkan tuntutan itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates ke atas semua defendan termasuklah Amy sendiri, Noordin Mohd Taib, Hamzah Mohd Taib (Kid) dan Nasir Daud.

Dalam tuntutan yang difailkan, syarikat itu menuntut ganti khas ke atas perbelanjaan yang sudah dikeluarkan untuk penganjuran konsert berkenaan sebanyak RM494,079.71 serta ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

AFJets Sdn Bhd juga menuntut perintah injuksi dikeluarkan bagi menghalang semua defendan, pekerja atau ejennya daripada mengeluarkan dan menerbitkan sama ada secara maya, lisan atau bercetak sebarang kenyataan memburukkan serta memfitnah plaintif.

Dalam pada itu, Amy berkata, pihak AF Jets Sdn Bhd berhak meneruskan saman tersebut namun Search tetap akan mempertahankan diri.

Konsert Search 35 tahun sepatutnya diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 9 April lalu bagaimanapun ditunda kepada 30 Ogos di Litar Antarabangsa Sepang.

TERBARU: Sultan Muhammad V dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15

TERKINI VIDEO: Khairuddin merayu pada Agong di Istana Negara

KLIK BACA: Hubungan Azizah dan Hasmah kembali terjalin…

KLIK BACA: Antara dua individu disebut Najib dan dua individu lain di sisi Najib

TERKINI: Salahkan Mahathir dan Anwar ancaman negara, kenyataan media BERSATU

TERKINI: Sekali lagi Dr Mahathir dikerumuni di Kelantan

KLIK BACA: Mahfuz jawab Ku Nan: Minta Najib letak jawatan, tak nak orang gila berkuasa

TERBARUBank kena tutup, tidak mungkin pencuri tangkap diri sendiri, kata Husam

TERKINI: Dr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE