Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsuddin digantung tugas untuk sementara – Foto SiakapKeli

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, tindakan itu membolehkan siasatan menyeluruh dakwaan salahlaku terhadap Abibullah.

Sepanjang penggantungan itu, jawatankuasa siasatan akan meminta beliau hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Untuk sementara ini, jawatan beliau akan dipangku oleh Parihah Hassan, Pengarah Kanan YaPEIM.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis berhubung penularan video seorang pegawai YaPEIM didakwa kononnya Abibullah mempengaruhi kakitangannya pada pilihan raya umum lalu.

Pegawai itu didakwa ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH).

Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share