Datuk Seri Najib Razak mempertikai kerajaan PH yang tidak henti puji projek Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) seolah-olah dibuat atas usaha mereka – Foto TheStar

Najib Razak mengingatkan, projek itu pernah dikecam sebagai ‘tembok besar China’.

Malah satu jalan yang dinamakan Jalan Qinzhou di sana pula didakwa bukti negara telah jual kepada China.

Walhal, ada jalan yang lebih besar bernama Lebuh Kuantan di Qinzhou.

Disebabkan propaganda terhadap MCKIP, Najib berkata, ramai yang memaki beliau akibat tertipu dan dihasut oleh PH.

“Tetapi hari ini pula, PH memuji MCKIP meningkatkan eksport negara.

“Mereka puji MCKIP telah dan sedang menarik lagi banyak pelaburan asing ke negara. Banyak peluang pekerjaan sedang dijanakan oleh MCKIP, puji mereka.

“MCKIP ini sedang membangunkan ekonomi pantai timur yang sebelum ini pernah diabaikan,” katanya.

Meskipun begitu, ujar Najib, PH tidak pernah sekalipun meminta maaf atas fitnah-fitnah mereka terhadapnya tentang projek ini.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share