“SPR boleh kawtim rupanya”- Najib

31

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada menyatakan untuk berbincang dengan kerajaan tentang larangan penggunaan aset-aset kerajaan untuk berkempen ketika pilihan raya telah mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak – Foto MalayMail

Najib berkata, kenapa SPR pada zaman pemerintahannya tidak berbuat demikian dan hanya dibincangkan semasa Pakatan Harapan (PH) mengambil alih.

“Oh. Boleh bincang dan kawtim, rupanya,” katanya

Najib membuat komen itu setelah Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata akan membuat perbincangan dengan kerajaan mengenai sekatan tersebut.

Malah katanya, ia bagi memastikan SPR mendapatkan pandangan dan maklum balas untuk menambahbaik proses-proses perjalanan pilihan raya.

Tambah beliau, tindakan tersebut selaras dengan proses kerja libat urus dan keterbukaan SPR untuk mendapatkan input dan pandangan daripada semua pihak terutamanya pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya.

Mengulas mengenai itu, Najib berkata sebelum ini PH sering kali menuduh Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan aset kerajaan namun perkara sama kini dibuat oleh gabungan itu.

“Kenapa dulu tak beritahu? Dulu, PH dan BERSIH sering tuduh kerajaan BN gunakan aset kerajaan semasa pilihanraya.

“Rupanya boleh “bincang”. Baru tahu,” sinis Najib.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share