Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata lakonan wakil wakil rakyat DAP dikatakan berjaya menambat beberapa orang Islam di negara ini. – Foto SinarHarian

Semasa membuat kenyataan itu melalui media sosial, Ahmad Dusuki melampirkannya dengan sekeping gambar Menteri Kewangan Lim Guan Eng sedang menjamah makanan, di percayai pada majlis berbuka puasa.

“Beberapa tindakan ‘lakonan’ pemimpin DAP terhadap umat Islam di Malaysia ini hampir sahaja mengelirukan malahan berjaya menambat beberapa ketul hati orang Islam sehingga sanggup menjadi wakil rakyat mereka,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan itu dibidas salah serang wakil rakyat DAP Young Syefura Othman.

Adun Ketari di Pahang itu berkata walaupun menjadi ahli politik DAP beliau melakukan ibadah tetap kerana Allah dan sama sekali bukan berlakon.

“Saya solat dan sujud pada Allah bukan lakonan ya ustaz, tapi kerana saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim,” ciapnya di Twitter.

Wakil rakyat muda itu turut meninggalkan pesanan ‘istimewa’ buat Ahmad Dusuki.

“Hati tu tolong jangan hitam sangat,” katanya.

Ahmad Dusuki menasihatkan, umat Islam diminta jangan terpedaya dengan “lakonan hebat” berkenaan kerana mendakwa sejarah penipuan yang pernah terjadi sudah terlalu panjang.

“Jika benar DAP dan sekutu mereka meletakkan Islam sebagai keutamaan, kita cabar mereka, jom bersolat dan sujud bersama kami, laksanakan janji penghapusan tol dan bayaran PTPTN yang di janjikan di dalam manifesto mereka itu.

“Jom laksanakan apa yang terdapat di dalam al-Quran. Gentar?” tulisnya lagi.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share