Naib Presiden Parti Warisan Sabah , Junz Wong menolak dakwaan yang dikatakan membeli undi dan hakikatnya Warisan mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah – Foto FMT

“Ramai yang tidak sanggup mengakui dan menerima hakikat ini,” katanya

Menjamin kegiatan beli undi itu memang tidak berlaku, beliau berkata pihak berkuasa dialu-alukan menyiasat dakwaan itu.

“Kalau kami nak buat pun, kami tiada wang.

“Dengan tiada lagi politik wang selepas kejatuhan BN, ini masa yang tepat untuk Warisan membawa agenda kami memulakan budaya politik baru iaitu persaingan dasar dan kepimpinan, bukannya beli undi di negeri ini,” katanya lagi.

Menurut laporan, seorang anggota Warisan membuat dakwaan di Facebook berkenaan sesetengah calon yang mengagihkan RM50 sehingga RM100 kepada perwakilan agar mengundi mereka.
Hantaran Facebook itu menyertakan gambar seorang perempuan memegang dua sampul, yang dikatakan berisi wang dan nombor calon.

Hantaran itu dimuat naik seorang calon yang tewas, Ismaily Bungsu, dua minggu lalu.

Sebuah NGO kemudian menggesanya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share