Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata peralihan jawatan perdana menteri akan menjadi kenyataan – Foto DinMerican

Dalam nada sinis, bekas Menteri Kewangan itu tidak mahu peralihan tersebut menjadi lebih teruk daripada perumpamaan pisang berbuah dua kali.

“Itu kena tanya Tun sendirilah. Banyak kali berlaku.

“Ini bukan pisang, pisang berbuah dua kali,” katanya

Ahli Parlimen Gua Musang itu diminta mengulas sama ada Dr Mahathir akan mengotakan janji untuk menyerahkan jawatannya kepada Anwar seperti yang ditetapkan.

Dalam ketetapan yang telah dipersetujui sebelum ini, Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas dua tahun, iaitu pada Mei 2020.

Anwar hari ini menjelaskan bahawa tarikh untuk beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu menjadi persoalan kepada umum.

Ini kerana katanya, ia terpulang kepada Dr Mahathir untuk mengadakan pertemuan dengannya mengenai peralihan kuasa itu.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share