Dana yang dikumpul Tabung Harapan Malaysia akan digunakan untuk membayar sebahagian hutang 1MDB kata Menteri Kewangan Lim Guang Eng – Foto KakiTular

“Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM pada 24 Apr 2019 bersetuju memutuskan bahawa kesemua dana dalam tabung itu akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1,704.78 juta pada 2019 ini,” katanya

Pada 7 Feb lalu Kementerian Kewangan memaklumkan baki akhir THM sehingga 14 Januari ialah sebanyak RM202,716,775.10.

Kata Lim walaupun dana THM itu tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB yang berjumlah RM51 bilion, kerajaan tetap menghargai sumbangan yang dihulurkan rakyat negara ini.

“THM akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara,” katanya.

Lim juga menambah hasil pelaburan daripada simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Akauntan Negara membawa faedah sebanyak RM575,342.31.

“Ia menjadikan jumlah terakhir akaun amanah THM adalah berjumlah RM203,292,117.41,” katanya.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share