Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata UMNO perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan termasuk PRU-15 secara mengejut. Pengagihan kerusi untuk ditanding perlu dibincang dengan rakan parti , PAS dan parti komponen BN – Foto TheStar

“Kita kena selesaikan supaya tidak akan berbangkit sesuatu yang memecahkan kita, kita juga kena ambil kira bukan Melayu yang selama ini menjadi kawan setia kita.

“Saya rasa kena mula sekarang, kalau pilihan raya mengejut macam mana? Ya mungkin, kalau ada perubahan kepemimpinan, ada pilihan raya mengejut,” katanya

Beliau berpandangan keadaan ekonomi negara ketika ini tidak berada dalam keadaan baik dan pertumbuhan ekonomi tidak akan seperti yang dijangkakan.

“Dalam keadaan nilai ringgit kita terus menjunam jatuh, ia membawa banyak masalah dan termasuk hutang negara bertambah, itu kerajaan perlu perbaiki ketika ini.

“Selagi itu tidak diperbaiki, masalah ini akan berlaku terus menerus, nak tarik pelabur bukan mudah dalam keadaan nilai ringgit kita. Hanya kemasukan modal bersih dalam negara yang banyak dapat mendorong menyelesaikan masalah ini tapi itu takkan berlaku, hanya tindakan pengubahsuaian oleh kerajaan dapat mengukuhkan nilai ringgit, “ katanya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share