Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu ini sudah diketahui umum dan ahli PAS perlu menuntut agar satu penjelasan dibuat supaya hal sebenar tidak disorok – Foto SuaraPakatanDaily

“Ia bertentangan dengan apa yang diucapkan bahawa dalam seseorang tokoh itu harus hidup dalam sederhana tidak harus ambil wang yang dicurigai sumbernya sahihnya halal haramnya.

“Oleh yang demikian ada keperluan dan saya percaya pimpinan Pas boleh teliti supaya beberapa tuduhan yang agak keras dan berat yang dilemparkan itu harus dijawab oleh pihak yang berkenaan supaya masyarakat awam dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,” katanya

Ulas Anwar, tuduhan terhadap Pas itu adalah serius dan rakyat perlu mendesak agar parti memberikan penjelasan mengenai tuduhan Zaharuddin.

“Saya fikir pandangan tentang arahan Pas untuk tidak membicarakan soal kartel dedak dan sebagainya, itu hak pimpinan Pas menentukannya,” ujar beliau.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share