StatutRom

Kementerian Luar Negeri telah memberi notis awal berdasarkan keputusan untuk dikeluarkan daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) – Foto Kosmo

Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri seperti berikut:

“…Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument Of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019.

“Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta merta.

“Meskipun begitu, Malaysia komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili para pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

“Ini sejajar dengan dasar kerajaan baru untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban,” kata kenyataan PBB.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share