Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata PAS dan UMNO tak akan menoleh belakang walaupun difitnah dari parti musuh yang berada dalam ketakutan dan cemburu dengan gabungan itu – Foto KarangKraf

“Inilah ketakutan yang akhirnya terjadi. Jangan menoleh ke belakang lagi, gandingan UMNO dan Pas sekarang dihujani fitnah itulah cabaran kita. Teruskan agenda untuk Bumiputera dan Islam.

“Bagi UMNO, Islam ada dalam DNA perjuangan kita selama hampir 73 tahun sejak penubuhannya di Istana Besar, Johor pada 11 Mei 1946,” katanya

Menurut beliau, UMNO Bahagian itu dan Pas Kawasan telah mencipta sejarah apabila julung kali bersama mengimarahkan Ramadan dengan pertemuan dan perkongsian ilmu.

Kata beliau, beberapa tahun lalu, UMNO dan Pas sama-sama memperjuangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) sehingga mendapat tentangan pihak pembangkang dan penyokong mereka.

“Hubungan ini kemudian terus diperkasakan dengan adanya aktiviti bukan politik seperti pertemuan antara kedua pihak baru-baru ini dan kita buktikan kita bersatu bukan kerana duniawi semata-mata,” katanya.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share