Sebelum ini Lim Kit Siang ada menyatakan untuk bersara dari dunia politik jika Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim – Foto MalayMail

Ia nya hanya sekadar satu wayang politik di mana mahu memberi gambaran bahawa DAP berpengaruh dalam Pakatan Harapan.

Jika Kit Siang benar-benar ikhlas, beliau bersara dengan segera untuk menunjukkan ketidakpuashatinya terhadap sikap diktator dan kleptokrasi Dr Mahathir yang mengingkari janjinya sebelum ini dengan melanjutkan tempoh selama dua tahun lagi tanpa membincangkan keputusannya dengan Anwar.

Oleh itu, Kit Siang digesa berhenti berwayang, seperti mana beliau membuat wayang apabila berjanji bahawa DAP akan menyemak dan mengimbang Dr Mahathir dan menyiasat semula skandal-skandal yang berlaku semasa Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri keempat selama 23 tahun.

“Apakah telah terjadi kepada janji-janji tersebut apabila kontrak-kontrak kerajaan diberi kepada anak-anak dan kroni-kroninya, seperti pemberian kontrak TM kepada Opcom milik Tan Sri Mokhzani Mahathir dan projek RM30 bilion untuk membangunkan Langkawi kepada Tan Sri Ting Pek Khiing?

“Sebaliknya, apabila sikap diktator Tun Dr Mahathir mula menyerlah, Kit Siang pula mahu melarikan diri, malah sanggup berwayang untuk bersara supaya dilihat sebagai seorang wira,” kaya Lian Ker lagi.

Lian Ker berkata, Kit Siang memang tidak memainkan peranannya dengan baik, dan negara tidak akan kehilangan atau rugi jika beliau masih kekal ataupun bersara.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share