Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu bahawa beliau yakin akan dipanggil polis untuk memberi keterangan selepas menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan – Foto FMT

“Saya tidak boleh sebut sebab sudah 10 laporan polis dibuat ke atas saya, jadi saya pasti akan dipanggil oleh pihak polis untuk berikan keterangan,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, terpulang kepada rakyat untuk menilai sama ada Anwar layak dilantik sebagai perdana menteri dek kerana status banduan atau tidak.

“Terpulang kepada masyarakat untuk menilai adakah dia (Anwar) banduan atau tidak.

“Bukan saya yang akan nilai, orang ramai akan nilai,” katanya

Untuk rekod, kira-kira 10 laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu itu selepas mengaitkan status Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan.

Dalam satu ceramah di Taman Indah, Sandakan, Rabu lalu, Takiyuddin dilaporkan melontarkan persoalan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal perdana menteri.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share