Ineza Roussille anak perempuan Marina Mahathir bersama neneknya Tun Dr Siti Hasmah. – Foto R.Age

Cucu Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku tidak gembira apabila datuknya menjadi Perdana Menteri semula.

Ineza Roussille yang juga seorang penerbit filem itu berkata, dia selalu tidak sefahaman dengan datuknya dalam hal politik.

“Sebagai keluarga, kami agak rapat bagaimanapun saya tidak pernah bincang isu politik dengan datuk kerana saya tak bersetuju sesetengah perkara dilakukannya, ada peraturan tak bertulis kami tidak boleh kritik sesama sendiri secara umum,” katanya dalam wawancara bersama South China Morning Post [SCMP].

“Salah satunya saya tak mahu terlalu rapat dengan jentera politik dan dilihat hilang objektiviti selain dilihat di pihaknya semasa kempen, saya akan terdedah berbanding tidak dikenali sebelum itu,” katanya.

Ineza berkata, sebelum terlibat dalam pembikinan dokumentari itu , dia hanya berjumpa dengan datuknya semasa percutian keluarga.

Bagaimanapun, dia menyaksikan buat pertama kali Mahathir ‘bekerja’ dan ia mengaguminya.

Begitu juga kekagumannya kepada neneknya, Tun Dr. Siti Hasmah Ali yang mengikuti datuknya berkempen.

Di sebalik itu, Ineza juga mula melihat perspektif baharu dalam politik di Malaysia dan datuknya.

“Bila orang serang dia (Mahathir) ia memualkan. Jika dia cakap sesuatu yang saya tak setuju, ia juga memualkan kerana saya prihatin.

“Dulu masa dia PM kali pertama saya belum cukup dewasa,” katanya yang merupakan anak hasil perkahwinan pertama Datin Paduka Marina Mahathir bersama seorang lelaki Perancis.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share