Wanita dicabul pembantu perubatan dalam ambulan menuju ke Hospital Selayang. – Foto hiasa

GOMBAK: Seorang remaja wanita mendakwa dicabul di dalam ambulans oleh pembantu perubatan ketika dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan dari universiti awam menuju ke Hospital Selayang, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan dibuat majikan mangsa yang memaklumkan pekerjanya berusia 18 tahun dicabul pembantu perubatan.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pengsan dan dibawa ke klinik berhampiran pada 7.30 malam. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

“Sebaik tiba di hospital itu, majikan mangsa menemuinya dalam keadaan menangis sebelum memaklumkan dia dicabul oleh pembantu perubatan di dalam ambulans berkenaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

“Mangsa memaklumkan dia dihampiri suspek yang bertindak mencabul kehormatan mangsa ketika berkeadaan sedar tapi lemah. Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Susulan laporan itu pihak polis telah menahan suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu perubatan di pusat perubatan swasta.

Suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga 27 April nanti bagi membantu siasatan dan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share