Seorang lelaki yang tidak bekerja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan merogol, melakukan sxks luar tabii dan amang ssksual terhadap dua anak teman wanitanya, lapor Harian Metro.

Mohd Shaiful Azrul Mohammed Ullah, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas empat pertuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berbeza.

Tertuduh didakwa merogol seorang remaja berusia 15 tahun di dalam bilik air di sebuah rumah di Ampang, pada jam 12 tengah hari pada pertengahan April tahun lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Shaiful Azrul juga didakwa melakukan amang ssksual dengan menyentuh bahagian badan remaja itu di tempat yang sama pada jam 1 pagi, antara penghujung November 2017 hingga April 2018.

Selain itu tertuduh juga didakwa melakukan sxks luar tabii terhadap remaja yang sama di tempat yang sama pada jam 1 pagi, awal April 2018.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang sxksual dengan menyentuh bahagian badan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun enam bulan di sebuah rumah di Ampang, pada jam 12 tengah hari pada Februari hingga April tahun lalu.

Bagi kesalahan melakukan amang ssksual, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Ssksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan sxks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share