Lelaki ditipu bakal isteri yang dikenali melalui Facebook wang hantaran 60 ribu. – Foto hiasan

Seorang penjawat awam kehilangan wang hantaran berjumlah RM60,000 dan kekasih Facebook yang dikenali sebagai ‘Aishah’ juga menghilangkan diri gara-gara ditipu skim ‘love scam’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa lelaki berusia 28 tahun itu dari Sibu mula mengenali mangsa melalui Facebook sebelum berhubung melalui whatsapp dan daripada hubungan tersebut, mangsa telah mengajak suspek untuk berkahwin.

“Suspek telah bersetuju untuk berkahwin dengan mangsa. Walau bagaimanapun, suspek telah meminta mangsa untuk memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebagai wang hantaran.

“Justeru, mangsa telah beberapa kali membuat transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM60,000 ke satu akaun atas nama individu yang tidak dikenali sejak November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mustafa, sumber kewangan mangsa adalah hasil wang pinjaman peribadi dari sebuah institusi kewangan dan mangsa menyedari telah ditipu setelah kekasih facebooknya tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan di Bintulu, seorang mekanik kerugian RM32,350 setelah terpedaya dengan tawaran pinjaman wang dari sebuah syarikat melalui Facebook.

“Mangsa telah berhubung dengan seorang lelaki melalui whatsapp kerana mangsa ingin membuat pinjaman wang berjumlah RM40,000 dan lelaki itu mengaku beliau adalah eksekutif kewangan syarikat yang menawarkan pinjaman wang.

“Suspek mengatakan pinjaman wang boleh diluluskan dengan syarat mangsa perlu membuat beberapa pembayaran terlebih dahulu dan mangsa telah membuat pembayaran wang keseluruhan berjumlah RM32,350 ke enam akaun bank berlainan nama sebanyak 11 transaksi,” kata Mustafa.

Mustafa berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share