Kemerosotan pasaran saham Malaysia tidak serius dan teruk kerana semua pasaran dunia turut mengalami kejatuhan yang sama.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, penurunan itu sudah dijangka sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan keadaan bertambah buruk apabila pelabur jangka pendek lari dari Malaysia serta mata wang jatuh.

“Namun, ini bukan gejala jangka panjang kerana lebih cepat kemelesetan ini melanda Malaysia lebih baik, malah Jepun, Jerman, Kanada, Eropah dan Singapura juga hampiri paras paling buruk.

“Sebenarnya kita sudah alami kemelesetan pada 2008 dan 2009, jadi memang sudah sampai masanya untuk kita alami kitaran seterusnya gelombang kemelesetan ekonomi,” katanya.

Prospek suram saham Malaysia mungkin tidak berakhir kerana sejak kerajaan baharu berkuasa pada Mei 2018 dan mereka telah menurunkan lagi hutang awam dengan mengetatkan fiskal dan langkah oleh kerajaan itu akan berterusan dari Mei 2018 hingga Mei 2020.

Barjoyai berkata, kerajaan tidak perlu berbuat apa-apa, sebaliknya membiarkan pasaran pulih seperti biasa.

“Selagi kita tahan, selagi itu kita akan bertambah derita dan sengsara, jadi biarkan sahaja dan ini adalah waktu terbaik untuk umumkan projek dan program supaya apabila keadaan pulih semula, maka segala perancangan dapat meluncur dengan deras dan laju,” katanya. – Sinar Harian

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share