Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda PH berkata, golongan muda mahukan kehidupan yang lebih baik serta mahukan pelbagai isu dan kepentingan mereka ditangani seperti soal rasuah, kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan sebagainya.

“Sebagai menteri dan ketua pemuda, saya bertanggungjawab untuk melaksanakan agenda perubahan itu. Kami akan mempertingkatkan usaha mendampingi golongan muda dan menyelami kemahuan serta harapan mereka terhadap kerajaan baharu ini,” katanya selepas melakukan lawatan dan menyaksikan pelatih Program Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) di Kem Bina Negara Ulu Sepri, di sini hari ini.

Syed Saddiq berkata kecederungan golongan muda beralih arah kepada BN sepertimana mereka terjemahkan dalam PRK DUN Rantau baru-baru ini, membuktikan golongan itu tidak taksub dengan sesuatu parti politik.

Syed Saddiq berkata pihaknya tidak bimbang akan situasi berkenaan kerana tindakan mereka itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya bertindak mengikut cita rasa dan pertimbangan sendiri.

“Pertama kali saya ucapkan tahniah kepada Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) atas kemenangan beliau pada PRK DUN Rantau. Jelas golongan muda yang mengundi tidak taksub pada mana-mana parti politik tetapi mereka boleh berubah kepada PH pada bila-bila masa jika kita (PH) dapat berikan khidmat terbaik kepada golongan itu,” katanya.

Syed Saddiq berkata pihaknya akan sentiasa bermuhasabah susulan kekalahan PH dalam PRK berkenaan dan perlu melihat serta menggandakan usaha bagi memenangi hati rakyat serta memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. – Bernama |  – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE