Tiga anggota polis cedera parah, manakala lima orang kena tuduh (OKT) cedera apabila kereta peronda polis (MPV) dan trak yang dinaiki mereka, terlibat kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2, berhampiran Pejabat Daerah Seremban, semalam.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul berkata, dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, semua OKT tersebut diambil dari Mahkamah Seremban untuk dibawa ke lokap Balai Polis Sikamat, selepas selesai prosiding mahkamah.

Katanya, semasa kejadian, MPV berkenaan berada di bahagian depan mengiringi trak polis yang membawa seramai 26 OKT.

“Kejadian berlaku apabila MPV cuba mengelak sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti menyebabkan ia terbabas.

“MPV itu kemudiannya merempuh trak polis menyebabkan dua kenderaan terbabit tercampak ke kiri dan kanan jalan,” katanya.

Ibrahim berkata, akibat rempuhan itu, tiga anggotanya parah manakala lima OKT yang lain cedera.

Katanya, sejurus kejadian itu, sebuah trak polis lain tiba untuk membawa seramai 21 OKT untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Manakala mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE