KUALA LUMPUR – Seramai empat lelaki dan dua wanita warga Nigeria yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Jalan Changkat, Bukit Bintang pada 8 April lalu, ditahan polis lapor Sinar Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 35 tahun ditahan Sabtu lalu sekitar jam 10.30 malam sehingga jam 2 pagi di beberapa lokasi sekitar Cyberjaya.

Menurutnya, semakan mendapati kesemua suspek ini tidak memiliki dokumen sah ketika berada di dalam negara.

“Siasatan awal mendapati kejadian pergaduhan itu berlaku akibat salah faham di kalangan mereka. Pergaduhan tidak membabitkan unsur kongsi gelap, sebaliknya hanya melibatkan pengunjung kelab malam di kawasan berkenaan sahaja.

“Dalam pergaduhan itu, seramai tiga lelaki Nigeria cedera apabila ditetak serta dikelar dengan senjata tajam seperti parang, pisau dan pecahan botol kaca,” katanya kepada pemberita di IPD Dang Wangi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan suspek kini ditahan reman selama 14 hari.

Terdahulu, seorang pelajar kolej warga Nigeria dilaporkan parah ditetak dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share