- foto daripada Utusan Online

Rakyat telah bersuara pada tiga pilihan raya kecil (PRK) iaitu Cameron Highland (DAP), Semenyih (BERSATU) dan terkini Rantau (PKR), dan ia dikatakan hukuman rakyat keatas kegagalan PH menunaikan janji-jani pilihan raya yang lalu.

Ketua Biro Perpaduan Parti Gerakan Nasional, H. Puvaniten berkata, kerajaan PH telah gagal melaksana manifesto PH dan segala alasan yang diberi tidak didengar oleh para pengundi mereka.

“Bermula dengan kegagalan menunaikan 10 janji 100 hari PH, Kabinet yang sedia ada walaupun setahun sudah berlalu selepas PRU14, PH hanya mampu memberikan alasan yang sama menyalahkan kerajaan terdahulu. Rakyat sudah muak dengan alasan ini. Mereka kena fokus terhadap isu-isu rakyat,” katanya.

Selain itu, kegagalan kerajaan menangani masalah termasuk kos sara hidup dan bantuan yang sebelum ini diberikan oleh kerajaan kepada rakyat turut menyumbang kepada kekalahan hatrik tersebut, kata Puvaniten.

Turut mengundang kebangkitan itu, jelas beliau, ialah sokongan orang muda kepada yang termakan janji yang dibuat PH.

Katanya, isu PTPTN dan kesukaran mendapat pekerjaan menambahkan rasa kecewa golongan berkenaan. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE