Lan Pet Pet anggota kumpulan lawak, Senario itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul pengawal keselamatan Yahya Manap. – Foto Astro Awani

Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet mahu bertemu dan memohon maaf daripada pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, yang dipukulnya tempohari.

Mazlan, 49, sanggup berhadapan Yahya dan menerima apa sahaja reaksi pengawal keselamatan itu.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja… Saya silap dan bodoh ketika itu.

“Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf.

“Selebihnya terserahlah kepada Yahya… Saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

Mazlan berkata, dia menghormati Yahya seperti ayahnya tetapi salah faham yang berlaku membuatnya bertindak di luar batasan.

“Saya tidak sengaja bertindak sedemikian. Saya hanya manusia biasa, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

“Saya berjanji akan meleraikan kekusutan ini dengan segera. Keluarga dan rakan baik juga menasihatkan saya bertemu dengan Yahya,” katanya

“Saya berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang dalam hidup saya. Makilah, hamunlah… Saya terima dengan reda dan memohon maaf dengan hati yang ikhlas,” luahnya.

Pakcik Yahya dilapor media semalam, menyatakan kekesalannya kerana Lan Pet Pet cuma didenda RM2,000.

Beliau yang mengadu masih kesakitan dibahagian pinggangnya akibat ditendang bercadang menyaman Lan Pet Pet.

Katanya, jika menurutkan hati beliau bercadang menyaman artis tersebut sebanyak 3 juta atas kecederaan dan rasa malu. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share