Pelancong asing buang air besar di tepi Pantai PD

129
-Foto diambil daripada Kosmo online

PORT DICKSON – Polis daerah ini memandang berat maklumat yang tular dalam media sosial mengenai perbuatan seorang pelancong asing wanita didakwa membuang air besar di tempat terbuka di pantai Batu 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, perbuatan itu jika benar berlaku merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Kami maklum mengenai maklumat yang tular tersebut, tetapi tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden itu setakat ini.

“Kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya .

Beliau berkata orang ramai yang berkunjung ke Port Dickson diminta menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan menjaga kebersihan daerah ini.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang melihat perlakuan tidak senonoh di Port Dickson itu supaya segera melaporkannya kepada pihak polis untuk diambil tindakan.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar memaparkan seorang pelancong asing wanita didakwa dari China sedang buang air besar di pantai Batu 5.

Gambar itu menerima kecaman warganet Malaysia yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan dan tidak menghormati pengunjung lain pantai tersebut.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE