Lan Pet Pet mengaku salah pukul pengawal keselamatan. – Foto Astro Awani

SEREMBAN – Lan Pet Pet didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku salah memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Nilai pada 6 April lalu.

Bekas anggota kumpulan pelawak Senario itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof, pagi tadi.

Selepas pengakuan direkodkan, mahkamah kemudiannya memutuskan hukuman denda RM2,000 atau penjara selama lapan bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, pelakon itu kemudiannya membayar denda tersebut di Mahkamah Seremban tengah hari tadi.

Pelawak terkenal Lan Pet Pet disiasat polis kerana memukul seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang juga pengawal keselamatan di taman perumahan Acacia Park Desa Jati di Nilai.

Pelawak tersebut dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan berkenaan, Yahya Manap sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa.

Dia dipercayai bertindak demikian gara-gara berang ditegur oleh pengawal keselamatan tersebut kerana tidak membuat catatan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu.

Lan Pet Pet kemudian ditahan polis pada 7 April semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sebelum dibebaskan keesokannya dengan jaminan polis kerana mahkamah tidak membenarkan dia ditahan reman. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE