Anwar harap MB Johor Sahruddin tegas bela nasib rakyat

81
Photo by Angie de Silva/Rappler

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Dr Sahruddin Jamal akan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Johor yang baru dengan tegas dalam membela nasib rakyat.

Anwar berkata, PKR sejak dari awal berpendirian kedudukan kerusi itu adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan menyokong pelantikan Dr Sahruddin selaku Menteri Besar Johor.

“Kita ucap tahniah dan berharap (Dr Sahruddin) dapat meningkatkan prestasi untuk menjaga dasar dan kepentingan rakyat Johor,” katanya

Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan 8 April lalu.

Anwar turut menyifatkan pengunduran Osman daripada jawatan Menteri Besar sebagai bukti ketegasan kerajaan Pakatan Harapan.

“Mana ada dalam sejarah seorang Menteri Besar hanya 10 bulan… tapi ini berlaku kerana kita berjanji tidak akan tunggu jika ada kesilapan.

“Jika berlaku pada pentadbiran dulu, adakah mereka akan lakukan yang sama?” katanya. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share