Naib Presiden PKR terkelu dengan keputusan rakyat

145

KUALA LANGAT – “Saya serahkan kepada rakyat,” itu reaksi Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar mengenai kekalahan PH pada PRK Rantau yang diumumkan malam tadi.

Menurut beliau, pelbagai isu yang berlaku mutakhir ini namun ia seakan-akan tidak memberi kesan kepada rakyat.

“Isu berkaitan Felda, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, kes berkaitan Najib Razak, kes Rosmah, semua ini dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat.

“Jadi saya tidak tahu, benar-benar tidak tahu apa lagi nak cakap kepada rakyat, sedangkan kita mahu jadikan negara ini lebih baik. Ini merupakan perkara penting kepada negara, tapi mereka tak dapat buat keputusan yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Retromania Grand Gathering 2019 di Pantai Morib, di sini.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, kini terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan.

“Nak kerja keras lagi macam mana, kita telah dedahkan apa yang dikatakan salah laku.

“Saya serahkan kepada rakyat sepenuhnya, mereka yang patut buat pilihan,” katanya.

Dalam masa sama, Xavier turut mengucapkan tahniah atas kemenangan BN dalam PRK tersebut.

“Mereka telah buat yang terbaik, tahniah kepada mereka,” katanya. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share