SEREMBAN – Kerajaan PH perlu mengakui mereka tiada strategi komunikasi yang baik dengan rakyat, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, banyak perkara yang tidak diterangkan dengan jelas kepada rakyat menyebabkan ia dijadikan “serangan” oleh BN dan Pas.

“Saya nak tegur menteri kita, suka atau tak suka, ikut suka kamulah. Salah satu daripada masalah utama yang menyebabkan naratif perkauman dari UMNO dan Pas ini agak dominen terutamanya di media sosial dalam 10 bulan lepas ialah kerana menteri kita tidak jawab dan terangkan dengan baik”

“Menteri kena pandai terang. Kamu dibayar gaji untuk terang dengan baik. Kalau tak pandai, cari pegawai yang pandai. Kalau pegawai itu tak pandai, buang pegawai itu dan cari pegawai pandai”

“Kalau kerajaan ada masalah dari segi komunikasi dengan rakyat dan gagal beri penjelasan, maka akan dijadikan ‘bahan’ mempengaruhi pengundi atas pagar,” katanya

Menurut Rafizi, kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka kata pemerintah pada hari ini sama dengan BN kerana rakyat mahu melihat sebahagian janji pada PRU14 ditunaikan.

Rafizi menambah, kerajaan juga jangan mudah sensitif jika ditegur oleh rakyat yang kurang berpuas hati dengan pentadbiran sekarang.

“Teguran itu bagi memastikan kerajaan lebih peka dan menjalankan tugas dengan lebih baik.

“Jangan bila saya kata, sensitif sehingga ada di bawah ini maki hamun terus. Kalau begitu, kamu pun tiada beza dengan UMNO dan Pas,” katanya.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share