Rafizi menerangkan isu cincin merah jambu Rosmah

121

REMBAU – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta rakyat untuk melihat dengan fakta yang lengkap isu cincin merah jambu yang didakwa dibeli oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Berdasarkan kenyataan Rafizi, tindakan mahkamah telah diambil di Amerika Syarikat oleh Jabatan Keadilan (DoJ) yang menyatakan bahawa wang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dipercayai digunakan untuk membeli cincin berlian 22 karat untuk dihadiahkan kepada isteri Perdana Menteri pada masa itu.

Oleh itu, jawapan kerajaan itu tidak bermaksud Rosmah tidak membeli dan membayar atas nama beliau dan kerana pembayaran itu tidak didaftarkan atas nama sesuai, ia tidak dapat menidakkan bahawa pembelian tersebut disiasat kerana menggunakan wang 1MDB.

“Sekarang ini yang jadi isu siapa yang bayar dan pakai duit siapa. Kalau ikut fakta siasatan dari Amerika Syarikat mengatakan bahawa berlian itu dibayar menggunakan wang 1MDB, tiada orang mempersoalkan berlian itu dibayar dan tujuannya untuk diberikan hadiah kepada Rosmah.

“Datuk Seri Najib Tun Razak kata, berlian itu ada, dia dengar, dibayar tapi yang bayar itu orang lain bukan duit 1MDB nak beri hadiah kepada Rosmah. Fakta akhirnya Rosmah tak dapat berlian itu tidak menidakkan fakta bahawa berlian itu dibeli menggunakan wang yang mengikut siasatan di Amerika Syarikat bahawa wang itu adalah wang 1MDB,” katanya.

Isnin lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah mengakui cincin merah jambu yang sebelum ini didakwa berharga kira-kira RM24 juta tidak dibeli oleh seorang isteri VVIP dan telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen jualannya.

Beliau berkata, ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas itu telah mengisytiharkannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan turut membuat pengisytiharan permata terbabit ketika meninggalkan negara ini.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE