Suspek rogol dan liwat adik ipar di bawah ke mahkamah. – Foto New Straits Times

Seorang ejen hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 20 pertuduhan termasuk merogol, melakukan sxks luar tabii terhadap adik ipar dan menyimpan bahan lucah aksi sxks mereka sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 30 tahun membuat pengakuan itu sejurus semua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohd Kafli Che Ali.

Portal New Straits Times melaporkan mengikut kertas pertuduhan pertama hingga kesembilan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn Cheras, antara 22 September 2016 hingga 31 Disember 2016.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 2(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas lapan pertuduhan melakukan hubungan sxks luar tabii terhadap mangsa di lokasi sama antara 24 September 2016 hingga 25 Februari 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dia yang bakal menimang seorang lagi cahaya mata Jun depan itu turut berdepan tuduhan memiliki bahan lxcah di dalam telefon bimbit iPhone 5s miliknya yang ditemui pada 23 Mac 2019 jam 2.05 petang di kediamannya.

Bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE