Donald Trump mencari masalah dengan Mexico. – Foto BBCNEWs

Presiden Donald Trump menuduh kerajaan Mexico gagal menangani masalah kemasukan pendatang ke AS dan mengancam menutup sempadan minggu depan, melainkan jika terdapat perubahan.

Hantaran terbaru Trump di Twitter meningkatkan ketegangan antara dua negara jiran itu, khususnya apabila secara spesifik memberikan jangka masa untuk menutup sempadan berkenaan yang juga antara paling sibuk di dunia.

“Jika Mexico tidak menghentikan serta merta kemasukan pendatang haram ke AS menerusi Sempadan Selatan, saya akan menutup sempadan atau sebahagian besar kawasan itu minggu depan.

“Ia amat mudah untuk Mexico tetapi mereka hanya mengambil wang kita dan bercakap,” katanya.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata beliau tidak mahu terbabit dalam konfrontasi berhubung isu itu.

“Donald Trump ada cara tersendiri melihat sesuatu perkara. Saya mahu jelaskan bahawa kita tidak akan terbabit dalam pergaduhan dengan kerajaan AS,” katanya kepada media di Poza Rica.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share