Netanyahu keras kepala

54

Tunjuk perasaan di Palestin bantah Benjamin Netanyahu Israel – Foto AFP

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan Tel Aviv bersedia memperluaskan kempen ketenteraan ke atas Genting Gaza selepas pertempuran tercetus di wilayah sempadan

“Semua penduduk Israel perlu tahu jika kempen komprehensif diperlukan, kami akan menggunakannya serta-merta ” katanya selepas bertemu dengan beberapa komander Israel.Ugutan itu dikeluarkan selepas pertempuran sengit yang berlaku selama dua malam berturut-turut sejak Isnin lalu yang turut mencederakan beberapa orang awam termasuk penduduk Palestin.

Bedilan roket dari wilayah Gaza telah menjadi cabaran keselamatan utama kepada Netanyahu menjelang Pilihan Raya Israel pada 9 April depan memandangkan imejnya kini tercalar akibat tuduhan rasuah selain berdepan persaingan besar daripada gabungan parti pimpinan seorang bekas jeneral.

Netanyahu dilihat mengambil peluang daripada sokongan padu diberikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Bukit Golan sebagai wilayah kedaulatan Israel pada awal minggu lalu untuk memberi amaran tersebut kepada Genting Gaza.

Difahamkan, tentera Israel telah menempatkan meriam dan kereta kebal di sepanjang zon penampan dengan Gaza.Sementara itu, Penyelaras Khas PBB untuk Proses Damai Timur Tengah telah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan keganasan di wilayah itu.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE