Lim Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan membuat laporan kepada SPRM berhubung SSER. – Foto FMT

KUALA LUMPUR: Suria Strategy Energy Resources Sdn Bhd (SSER) gagal mendapatkan sebarang hak daripada Petronas seperti yang dikehendaki undang-undang untuk memasang paip bagi Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, syarikat itu juga gagal memperoleh tanah yang diperlukan di Sabah untuk melakukan perkara sama bagi Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

“Walaupun terdapat pendedahan yang mengejutkan, (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak masih mendakwa semua proses, prosedur dan undang-undang telah dipatuhi berkaitan pemeteraian kedua-dua projek saluran paip tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk itu, Lim berkata, Kementerian Kewangan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Satu serbuan SPRM telah dijalankan di pejabat SSER. Kementerian Kewangan telah mengambil alih pejabat SSER. Semua pekerjanya diarahkan cuti sehingga notis selanjutnya.”

Presiden SSER, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, turut dipecat sebagai pengarah syarikat dan kementerian dalam proses melantik sebuah Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang diketuai sebuah firma perakaunan untuk mengendalikan syarikat itu serta menyiasat transaksi SSER.

Sebagai rekod, MPP melibatkan saluran paip petroleum pelbagai produk sepanjang 600km yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra dengan kos RM5.35 bilion. TSGP pula melibatkan pembinaan saluran paip gas 662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau dengan kos RM4.06 bilion.

“Kerajaan persekutuan Pakatan Harapan ingin memberi jaminan kepada rakyat Malaysia, semua langkah akan diambil untuk mendedahkan kebenaran. Kami akan mengambil apa-apa tindakan yang diperlukan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab melindungi kepentingan pembayar cukai.” – Bernama

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK VIDEO: Polis serbu ‘rumah selamat’ Najib di Putrajaya

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

KLIK BACA: Kerajaan tak akan guna wang curi untuk bayar haji, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE