Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengakui Pakatan Harapan (PH) melemparkan tuduhan terhadapnya tanpa bukti kukuh berkaitan isu 1MDB.

Najib dalam satu catatan di Facebook hari ini berkata, sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei lalu, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH mendakwanya mencuri berbilion daripada dana 1MDB, tetapi kini berkata tidak mudah menahan atau mendakwa ahli Parlimen Pekan itu tanpa bukti kukuh.

“Beliau (Dr Mahathir) turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh PH selama ini akan dipersoalkan rakyat.”

Dengan berkata demikian, Dr Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

“Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian daripada konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya,” tulisnya dalam Facebook.

Najib berkata, sukar menyediakan kertas pertuduhan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak pernah mengambil keterangannya ketika itu.

“Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.”

KLIK VIDEO: Polis serbu ‘rumah selamat’ Najib di Putrajaya

Pada 2015, satu kertas pertuduhan didakwa ditandatangani Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail Gani yang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat kes RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Kertas pertuduhan itu berhubung bayaran RM42 juta yang diterima Najib daripada SRC International dibocorkan dalam talian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menyangkalnya dengan berkata ia adalah dokumen palsu.

Selepas itu, Gani digantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang secara terbuka membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku.

Bulan lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, Gani dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 15 Mei lalu mendedahkan beliau dipecat sebagai peguam negara pada 2015 semasa merancang mendakwa Najib yang merupakan perdana menteri ketika itu.

“Dia dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu dia dilucutkan jawatannya,” katanya pada sidang media 16 Mei lalu.

Nota Ana Ghoib: Senang jadi orang besar yang dipoojaa orang bawahan yang menjadi perkakas yakni bila berlaku dakwaan kesalahan boleh mencuci tangan mencampak beban kepada si pemuja.

Duit yang masuk cuma tahu pakai bila diketahui si tukang masuk duit, tukang pindah, tukang tembak, tukang kebun dan tukang bancuh air semua lari ketakutan.

KLIK BACA: SPRM serbu SSER, Presiden dipecat, pekerja di arah cuti – Guan Eng

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE