Jika sebelum ini Awal Ashaari berkongsikan gambar bercium mesra dengan isterinya, Scha Al-Yahya, kali ini tumpuan beralih pula kepada pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Rozita atau Che Ta turut sama berkongsi gambar bercium dengan suaminya yang dimuat naiknya menerusi laman Instagram, semalam lapor portal myNewsHub.

Foto yang dikongsikan beserta kapsyen ‘kiss me kiss you kiss mis’ itu kemudiannya mendapat kritikan daripada segelintir netizen.

Pengikut laman sosial Che Ta berpendapat walaupun mereka merupakan pasangan suami isteri namun ia adalah tidak manis untuk berkongsikan gambar seperti itu untuk tatapan umum.

Gambar beserta pemandangan menarik itu dirakamkan ketika pasangan ini sekeluarga sedang bercuti di Greece.

Selepas ini pasangan suami isteri popular mana pula yang nak tayang public display of affection (PDA) dia orang kat peminat mereka ya.

cheta1

TERBARU: Patutlah Tun Mahathir pun keluar Umno – Ezam Mohd Nor

TERKINI: Tan Sri Abdul Aziz Tapa veteran Umno meninggal dunia

TERKINI VIDEO: Helikopter TUDM terhempas di Tawau – Sabah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE