Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menerajui kerajaan selama satu atau dua tahun selepas kejayaan bersejarah beliau dalam pilihan raya umum minggu lepas, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Dalam laporan itu, Dr Mahathir berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan pada Rabu selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan WSJ, semasa berkempen, Dr Mahathir berjanji akan membebaskan Anwar dan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya, tetapi sebelum itu, beliau akan terus menerajui Kabinet selama dua atau tiga tahun bagi mengemudi Malaysia ke arah yang betul.

Dalam laporan WSJ itu, Dr Mahathir berkata Anwar akan menjadi seorang daripada empat pemimpin parti dalam gabungan parti memerintah dan tidak akan diberi sebarang “kuasa istimewa.”

Perdana menteri berusia 92 tahun itu juga berkata Anwar akan diberi kerusi dalam Kabinet apabila beliau dipilih menjadi angota Parlimen. – Bernama

KLIK BACA: Najib bakal didakwa, tiada rundingan dapatkan semula wang, kata Perdana Menteri

KLIK TERKINI: Walaupun ada bukti Apandi tolak cadangan SPRM siasat 1MDB – Pengakuan Pegawai

KLIK PANAS: Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM buat laporan terhadap Najib…isu dana KWAP dan 1MDB

KLIK BACA: GST mansuh muktamad tak perlu persoal lagi, untuk tambah kuasa beli rakyat – Zeti

KLIK BACA: Lokman Adam penyokong Najib ditamatkan perkhidmatan di Kementerian Kewangan

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE